Suruh anak tiri sentuh kemaluan, lelaki dipenjara dan disebat

Suruh anak tiri sentuh kemaluan, lelaki dipenjara dan disebat

KUCHING,. Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini akibat menyuruh anak perempuan tirinya yang berusia sembilan tahun menyentuh kemaluan tertuduh sekiranya hendak bermain telefon bimbit.

Hakim Jason Juga menjatuhkan hukuman sedemikian selepas perbicaraan penuh dijalankan dan tertuduh berusia 35 tahun itu didapati bersalah mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa melakukan serangan seksual fizikal ke atas mangsa dengan cara menyuruh mangsa menyentuh kemaluan tertuduh pada 22 Februari 2020, di kediaman mereka di Batu Kawa, di sini.

Difahamkan, ibu mangsa yang dilaporkan bekerja pada hari kejadian membuat laporan polis setelah dimaklumkan oleh mangsa mengenai kejadian terbabit.

Tertuduh seterusnya ditangkap pada 22 Februari 2020.

Terdahulu, sebelum tertuduh dijatuhkan hukum, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memohon kepada mahkamah agar tertuduh dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira dia didapati bersalah selepas perbicaraan penuh, kepentingan awam, kekerapan kes, hubungan antara mangsa dan tertuduh, selain mengambil kira umur mangsa semasa kejadian.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam tahun mulai dari tarikh tangkap dan mengenakan satu sebatan.

Sejumlah tiga saksi dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes ini iaitu mangsa, ibu mangsa dan pegawai penyiasat.

Tertuduh diwakili peguam, Jonathan Jalin.

CATEGORIES
TAGS
Share This