Tiga maut dalam nahas jalan raya malam tadi

Tiga maut dalam nahas jalan raya malam tadi

KOTA KINABALU,. Tiga maut dalam satu nahas jalan raya yang membabitkan dua kenderaan di, Kampung Tuntul, Jalan Pan Borneo, Papar, malam tadi.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata kemalangan pada pukul 8.30 malam itu membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan Mitsubishi Pajero Sport.

“Tiga lelaki yang maut dalam kejadian itu menaiki kenderaan Ford Ranger manakala dua lagi lelaki yang terlibat dalam kemalangan itu masing-masing mengalami kecederaan parah dan cedera ringan.

“Sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.40 malam,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This