‘Tindakan Ronnie Liu biadap’ – Maszlee gesa pimpinan DAP disiplinkan ahli

KUALA LUMPUR,. Tindakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu merendah-rendahkan parti komponen lain disifatkan sebagai biadap dan sangat tidak berasas.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Maszlee Malik berkata tindakan tersebut hanya akan membawa lebih banyak perpecahan dan membantutkan agenda reformasi yang sedang dilaksanakan Pakatan Harapan.

Malah, katanya, mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility”.

“Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara.

”Kedua perkara inilah yang membina negara kita,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook miliknya pada Rabu.

Ronnie sebelum ini menyatakan gabungan PH akan kekal kukuh sebagai kerajaan walaupun tanpa Bersatu dan mendakwa Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepimpinan PH.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )