32 daerah di Sarawak menjadi kawasan zon merah, hanya satu berstatus hijau

32 daerah di Sarawak menjadi kawasan zon merah, hanya satu berstatus hijau

KUCHING,. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata sejumlah 32 daerah di Sarawak berstatus merah sementara tiga lagi berstatus jingga, empat kuning dan hanya satu daerah dilaporkan berstatus hijau.

Menurutnya, daerah berstatus merah adalah Marudi, Bukit Mabong, Limbang, Maradong, Beluru, Sarikei, Lubok Antu, Kapit, Pakan, Kanowit, Song, Belaga, Pusa, Betong, Tebedu, Dalat, Selangau, Sri Aman, Asajaya, Subis, Mukah, Simunjan, Tatau, Lundu, Saratok, Bau, Samarahan, Serian, Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu.

“Sementara itu, daerah Matu, Lawas dan Sebauh berstatus jingga manakala Kabong, Daro, Telang Usan dan Julau pula kuning.

“Tanjung Manis merupakan satu-satunya kawasan hijau di Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan 25 kompaun iaitu 15 di daerah Kuching, Miri (4), Padawan (3), Saratok (2) dan Sarikei (1) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah berada di tempat awam selepas waktu yang dibenarkan tanpa alasan yang munasabah (8), gagal mengimbas kod QR MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis (6), mengunjungi premis di bawah “negative list” (4), berkumpul dan tidak menjaga penjarakan fizikal (4), tiada permit merentas daerah (2) dan tidak memakai pelitup muka (1).

JPBNS berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan pihak polis adalah sebanyak 10,567 kompaun.

Menurutnya juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengeluarkan tujuh kompaun yang melibatkan enam individu dan satu perbadanan.

Jelasnya, tiga kompaun dikeluarkan di Kuching, Bau (1), Saratok (1), Dalat (1) dan Limbang (1).

“Antara kesalahan yang dilakukan oleh individu adalah aktiviti menyukarkan penjarakan sosial (1), enggan menjalani kuarantin di bawah Seksyen 15 (1), enggan menjalani kuarantin di bawah Seksyen 14 (1), enggan mematuhi arahan Pegawai Diberi Kuasa (1), Individu gagal mendaftar masuk premis (1) dan lain-lain kesalahan (1).

“Bagi Perbadanan pula, satu kompaun dikeluarkan susulan majikan gagal memastikan kapasiti kehadiran pekerja,” katanya sambal menambah, ini menjadikan keseluruhan kompaun dikeluarkan KKM berjumlah 502.

Dalam pada itu, pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan lima kompaun di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Bintulu dengan empat kompaun manakala Majlis Perbandaran Kota Samarahan (1).

“Kompaun dikeluarkan atas kesalahan pelanggaran SOP termasuklah premis beroperasi melebihi masa yang dibenarkan (4) dan buku rekod tidak lengkap (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan oleh adalah sebanyak 1,454 kompaun,” jelasnya.

CATEGORIES
TAGS
Share This