Abdul Karim ucap tahniah atas kejayaan Pandelela

Abdul Karim ucap tahniah atas kejayaan Pandelela

KUCHING,. Kejayaan ratu terjun negara, Dato Pandelela Rinong bersama rakan sepasukan Nur Dhabitah Sabri membolot pingat emas di Sukan SEA di Hanoi, Vietnam menggambarkan dominasi pasukan Malaysia dalam acara terjun di temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, mereka membolot emas dalam acara 10m platform synchronised di Sukan SEA ke-31 di Hanoi.


“Tahniah diucapkan kepada ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan rakan sepasukan Nur Dhabitah Sabri

“Kejayaan mereka berdua telah memastikan dominasi pasukan Malaysia dalam acara terjun di temasya sukan terbesar Asia Tenggara dengan memenangi kesemua 8 pingat emas yang dipertandingkan,” katanya menerusi catatan Facebook beliau, hari ini.

Hadir sama di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Nancy Jolhi dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Perbadanan Sukan Sarawak SSC) Morshidi Frederick merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSN Sarawak).

Abdul Karim berkata beliau telah menyaksikan sendiri kejayaan Pandelela di Hanoi.

“Saya juga berkesempatan bertemu dan bermesra dengan atlet renang negara kelahiran Sarawak iaitu Welson Sim yang akan berentap dalam acara renang 100m dan 200m gaya bebas di temasya sukan ini,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This