Angka kematian COVID-19 Brazil ketiga tertinggi dunia

Angka kematian COVID-19 Brazil ketiga tertinggi dunia

RIO DE JANEIRO,. Brazil kini mencatatkan lebih 34,000 korban akibat COVID-19 dan menjadi negara ketiga tertinggi dunia, mengatasi Itali, menurut angka rasmi yang dikeluarkan semalam.

Negara Amerika Selatan itu melaporkan jumlah kematian baharu seramai 1,473 orang dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 34,021 korban, selepas Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Kementerian Kesihatan Brazil berkata, negara itu kini mempunyai 614,941 kes yang disahkan, iaitu direkodkan negara kedua tertinggi di dunia, di belakang AS.

Bagaimanapun pakar mengatakan bahawa ujian yang kurang di Brazil berkemungkinan membawa maksud jumlah sebenarnya jauh lebih tinggi.

Angka terbaru itu kini mengatasi kematian seluruh Amerika Latin, yang menjadi pusat terkini epidemik pandemik itu.

Brazil, negara dengan penduduk berjumlah 210 juta orang, menjadi negara paling teruk terjejas akibat wabak di Amerika Selatan.

Presiden Jair Bolsonaro sebelum ini mengkritik keras perintah larangan keluar rumah, walaupun jumlah jangkitan dan kematian terus meningkat.

Pemimpin sayap kanan mendesak perniagaan untuk melakukan ‘perang’ terhadap gabenor negara yang memerintahkan penutupan operasinya, dengan alasan mereka tidak perlu melumpuhkan ekonomi terbesar Amerika Latin. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This