Berita lebih separuh MT PBS mahu kerjasama dengan Warisan adalah palsu  – Joniston Bangkuai

Berita lebih separuh MT PBS mahu kerjasama dengan Warisan adalah palsu – Joniston Bangkuai

KOTA KINABALU: Siaran berita bertajuk “Lebih Separuh Majlis Tertinggi PBS Mahu Kerjasama Dengan Warisan” yang disiarkan blog inisabah.com adalah tidak benar.

Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai berkata, walaupun ada beberapa Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang membangkitkan perkara itu pada Mesyuarat AMT PBS minggu lalu, namun tiada sesi undian diadakan untuk menentukan keputusan parti.

Menurut beliau, dalam prinsip pengurusan dan pembuatan keputusan di peringkat majlis tertinggi PBS adalah melalui resolusi sebulat suara, bukan proses undian.

“Malahan, kepimpinan PBS menegaskan untuk kekal dengan pendirian bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai gabungan kerjasama pemimpin dan rakyat tulin tempatan Sabah,” ujar Joniston dalam satu kenyataan di akaun Facebook PBS.

-WartaOriental

CATEGORIES
Share This