Remaja rakam insiden kematian Floyd menang anugerah khas Pulitzer

Remaja rakam insiden kematian Floyd menang anugerah khas Pulitzer

WASHINGTON,. Video insiden lelaki Afrika-Amerika George Floyd yang maut akibat tindakan kejam seorang pegawai polis yang dirakam remaja perem-puan Darnella Frazer menerima anugerah khas Hadiah Pulitzer 2021.

Perkara itu diumumkan di Columbia University, New York City kelmarin.

Menurut Sputnik, jawatankuasa itu menyata-kan Frazer menerima anugerah khas itu atas “keberaniannya me-rakamkan pembunuhan George Floyd, sekali gus mencetuskan bantahan terhadap kekejaman polis di seluruh dunia, ia juga menunjukkan pentingnya peranan masyarakat dalam membantu me-negakkan kebenaran dan keadilan.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )