Bursa Malaysia dibuka Rendah

Bursa Malaysia dibuka Rendah

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan awal hari ini berikutan sentimen pasaran berhati-hati, mengambil petunjuk daripada penurunan semalaman di Wall Street, menurut peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 4.72 mata kepada 1,581.42 daripada 1,586.14 semalam.

Indeks dibuka rendah 0.58 mata kepada 1,585.56.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 243 berbanding 129 manakala 207 kaunter tidak berubah, 1,701 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 127.61 juta unit bernilai RM92.96 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini berikutan ketegangan antara Rusia dan Ukraine yang semakin meningkat.

“Dow Jones Industrial Average (DJI Average) merosot 465 mata manakala Nasdaq berkurangan 344 mata untuk ditutup pada hanya melebihi paras 13,000,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, katanya, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat untuk tempoh 10 tahun meningkat dan ditutup kepada paras dua peratus sekali lagi.

“Walaupun penurunan mendadak di Wall Street, kami menjangka bursa tempatan akan meneruskan prestasi kukuhnya dan indeks akan diniagakan dalam julat 1,580 hingga 1,595 hari ini,” katanya.

Selain itu, katanya kaunter minyak dan gas dijangka menjadi tumpuan berikutan harga minyak mentah Brent ditutup melebihi AS$97 setong berikutan situasi di Ukraine.

“MSM mencecah satu lagi paras tertinggi apabila ia ditutup melebihi paras RM6,500 satu tan,” katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan dua sen kepada RM8.75, Public Bank, CIMB dan IHH Healthcare, masing-masing merosot tiga sen kepada RM4.33, RM5.52 dan RM6.27 manakala Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM9.18.

Daripada saham aktif, Dagang Nexchange merosot dua sen kepada RM1.19 manakala Jag Bhd menambah setengah mata kepada 36.5 sen dan Jaya Tiasa naik 2.5 sen kepada 91.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 33.45 mata kepada 11,295.64, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 33.05 mata kepada 11,999.24, FBM ACE susut 41.27 mata kepada 6,056.82, FBM 70 turun 53.30 mata kepada 13,481.89 dan Indeks FBMT 100 jatuh 35.00 mata kepada 10,961.34.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.93 mata kepada 208.85, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 37.72 mata kepada 16,301.48 manakala Indeks Perladangan naik 24.18 mata kepada 7,894.22.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This