Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit

Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit berikutan tekanan jualan dalam saham mewah terpilih kerana peniaga menjejaki kerugian besar-besaran di Wall Street.

Pada jam 9.03 pagi, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.79 mata kepada 1,422.37 berbanding 1,424.16 pada penutup semalam.

Pada pembukaan, Indeks FBM KLCI dibuka 8.3 mata lebih rendah kepada 1,415.86.

Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 410 berbanding 66, dengan 153 kaunter tidak berubah, 1,377 tidak diniagakan dan 17 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 195.25 juta saham bernilai RM102.25 juta. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This