Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada pagi ini, didorong oleh minat belian sederhana yang merentasi pasaran.

Pada 9.20 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.60 mata atau 0.11 peratus kepada 1,507.38 daripada 1,505.78 sewaktu ditutup pada Selasa.

Sewaktu dibuka, indeks penanda aras itu meningkat sedikit sebanyak 1.51 mata kepada 1,507.29.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 283 berbanding 170 manakala 321 kaunter tidak berubah, 1,315 tidak diniagakan dan 29 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 820.14 juta unit bernilai RM351.69 juta.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menyifatkan peningkatan ketara dalam masa terdekat itu bagaimanapun akan dikekang oleh ketiadaan pemangkin baharu, sekali gus turut menjauhkan pelabur.

Selain itu, saham-saham berharga rendah dijangka menjadi tumpuan berikutan minat pelabur yang mahu mendapatkan keuntungan segera.

“Walaupun pasaran menyaksikan peningkatan semula semalam yang didorong oleh aktiviti mencari saham berharga rendah, prospek jangka terdekat sebaliknya berbeza berikutan ketidaktentuan yang terus wujud,” kata Malacca Securities.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung satu sen kepada RM7.21, TNB naik empat sen kepada RM11.06, Hartalega meningkat 12 sen kepada RM14.18 manakala Top Glove, IHH Healthcare dan Maxis masing-masing sebaliknya tidak berubah pada RM8.03, RM5.31 dan RM5 .04, Public Bank turun empat sen kepada RM15.82, dan Petronas Chemicals rugi dua sen kepada RM5.60.

Bagi saham aktif, Bintai Kinden dan Solution Group masing-masing naik setengah sen kepada 78 sen dan 69.5 sen, XOX untung satu sen kepada 19.5 sen, Ikhmas Jaya menokok dua sen kepada 20.5 sen, JCY International menambah 4.5 sen kepada 71.5 sen, Kanger International susut satu sen kepada 30 sen manakala Pasukhas susut 1.5 sen kepada 11 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 18.86 mata kepada 10,828.98 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 26.8 mata kepada 12,831.21.

FBM 70 pula menambah 49.14 mata kepada 14,000.59, Indeks FBMT 100 meraih 18.36 mata kepada 10,650.18 dan FBM ACE naik 15.98 mata kepada 10,802.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 4.79 mata kepada 12.564.41, Indeks Perladangan naik 7.43 mata kepada 7.130.1 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.28 mata kepada 135.75.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )