Ketibaan Masuk Ke Labuan Wajib Lalui Penilaian Risiko Kesihatan

Ketibaan Masuk Ke Labuan Wajib Lalui Penilaian Risiko Kesihatan

LABUAN,. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah WP Labuan memutuskan bahawa kemasukan awam di pintu masuk lapangan terbang dan terminal laut di sini wajib melalui saringan Jabatan Kesihatan.

Pengerusi Jabatankuasa Bencana W.P. Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata, penilaian risiko Jabatan Kesihatan dijalankan kepada individu yang tiba dari Kuala Lumpur, Miri, Kota Kinabalu atau pelantar menerusi Lapangan Terbang dan Terminal Feri.

“Penilaian risiko melibatkan simptom atau asimplomatik, sejarah perjalanan dan kontak dengan kes COVID-19 atau pesakit dalam siasatan (PUI),” katanya dalam sidang media.

Dr Fary yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan berkata, semua individu yang dinilai berisiko dikuarantin di pusat kuarantin, hotel, rumah atau wad isolasi hospital mengikut kategori risiko.

Menurut Dr Fary individu yang tidak menunjukkan sebarang risiko diarahkan menjalani kuarantin di rumah.

“Sementara itu individu yang dikuarantin akan melalui penilaian harian (daily assessment) ANNEX-14 dan akan dibebaskan (released) ANNEX-17 jika tidak ada simptom,” katanya.

Berkaitan operasi pelayaran, Dr Fary memaklumkan pemberhentian operasi bot berlesen dan feri penumpang dilanjutkan sehingga 28 April bagi pelayaran Labuan Menumbok, Labuan Kota Kinabalu, Labuan Lawas dan Labuan Limbang.

Dr Fary berkata manakala operasi feri kenderaan dijadualkan sekali sehari untuk pergi dan balik yang melibatkan perkhidmatan feri Putrajaya 1, Kimanis 1, Goodwill Star dan Galaxy.

SumbeR: Utusan Borneo

CATEGORIES
TAGS
Share This