COVID-19: Afrika Selatan catat 132 kematian dalam tempoh 24 jam

COVID-19: Afrika Selatan catat 132 kematian dalam tempoh 24 jam

JOHANNESBURG, 2 Okt — Afrika Selatan mencatat 132 kematian baharu akibat COVID-19 dalam tempoh dalam 24 jam lalu, menjadikan jumlah korban kepada 16,866 orang, kata Menteri Kesihatan Zweli Mkhize pada Khamis lapor Agensi Anadolu.

Mkhize berkata sebanyak 1,745 kes baharu COVID-19 juga dilaporkan pada hari sama, menjadikan jumlah kes setakat ini 676,084.

Jumlah jangkitan dan korban baharu di negara ini mula menunjukkan peningkatan selepas mengalami penurunan dalam tiga minggu lalu.

Setakat ini, 4.2 juta ujian saringan COVID-19 sudah dibuat sejak pertama kali virus dikesan enam bulan lalu.

Afrika Selatan merekodkan jumlah kes tertinggi di Afrika dan merupakan negara ke-10 di dunia paling teruk diancam.

Pada Selasa, Mkhize menasihati penduduk Afrika Selatan untuk tidak alpa walaupun sekatan dilonggarkan atau akan berdepan risiko gelombang kedua yang mungkin lebih teruk.

Pada Khamis, Afrika Selatan membuka sempadannya untuk pelancong antarabangsa tetapi mereka dari negara berisiko tinggi tidak dibenarkan masuk ke negara ini.

Kerajaan menyenaraikan 60 negara sebagai berisiko tinggi, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia serta beberapa negara di Timur Tengah dan Amerika Latin.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This