Dewan Pimpinan Presiden Yaman lantik perdana menteri baharu
DEWAN Pimpinan Presiden Yaman pada Isnin melantik Menteri Luar Ahmed Awad Mubarak sebagai Perdana Menteri baharu negara itu, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Saba.
“Dekri No. (56) tahun 2024 dikeluarkan oleh pengerusi Dewan Pimpinan Presiden, melantik Ahmed Awad Bin Mubarak sebagai perdana menteri,” menurut laporan itu.
Mubarak telah dilantik sebagai Menteri Luar pada 2020.
Sementara itu, satu lagi dekri telah dikeluarkan dengan melantik Perdana Menteri Maeen Abdulmalik yang akan menamatkan tugasnya sebagai penasihat kepada pengerusi Dewan Pimpinan Presiden.
Sejak akhir 2014, Yaman dilanda perang saudara apabila Houthi yang disokong Iran menguasai beberapa wilayah di utara, memaksa kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi berundur dari Sanaa.
— BERNAMA