Gempa 5.5 magnitud landa timur laut Jepun

Gempa 5.5 magnitud landa timur laut Jepun

TOKYO,. Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegar kawasan pantai Sanriku di timur laut Jepun pada Jumaat, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa yang berlaku pada pukul 1.01 malam waktu tempatan itu berpusat di pantai Sanriku di timur laut Jepun pada 39.1 darjah utara dan 143.1 darjah timur.

Gempa mencatatkan kedalaman 10 kilometer, kata JMA.

Gegaran dicatatkan pada skala tiga intensiti seismik Jepun dengan beberapa kawasan di timur laut negeri itu termasuk wilayah Iwate dan Miyagi mencatat skala tertinggi iaitu tujuh.

Tiada kerosakan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This