Gunung berapi Stromboli di selatan Itali meletus lagi

Gunung berapi Stromboli di selatan Itali meletus lagi

ROM, 30 Ogos — Gunung berapi Stromboli, terletak di Laut Tyrrhenian selatan Itali, meletus buat kali kedua minggu ini, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut penduduk pulau itu pada pukul 10.45 malam (20:45 GMT) Jumaat, bunyi letusan kuat didengari, kemudian menyaksikan gunung berapi terbabit memuntahkan abu dan debu. Dua letupan kecil turut kedengaran pada hari sama.

Tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan setakat ini.

Stromboli mula meletus pada Rabu dan ahli seismologi tempatan menjangkakan akan berlaku “letusan kuat” disusuli aktiviti seismik dan muntahan abu.

Letusan menyebabkan penduduk tempatan dan pelancong panik, sebahagiannya bertindak meninggalkan pulau itu.

Stromboli pernah meletus pada 3 Julai mengorbankan satu nyawa.

Kekerapan letusan gunung berapi yang aktif sejak 20,000 tahun itu, mencatatkan kadar tertinggi pada musim panas ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This