Thailand serah jawatan pengerusi ke-40 AIPA kepada Vietnam
BANGKOK, 30 Ogos — Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-40 yang berlangsung di Bangkok dimuktamad pada Khamis, dengan Thailand menyerahkan jawatan pengerusi badan itu kepada Vietnam, lapor agensi berita China Xinhua.
Lebih 400 peserta dari 10 negara anggota ASEAN dan negara pemerhati menghadiri AIPA ke-40 yang dihoskan Thailand dari 26 hingga 29 Ogos di bawah tema “Advancing Parliamentarian Partnerships for a Sustainable Community.”
Pada majlis penutup perhimpunan tahunan itu, Presiden Dewan Perhimpunan Thailand Chuan Leekpai menyerahkan tanda kepengerusian AIPA kepada Pengerusi Dewan Perhimpunan Kebangsaan Vietnam Nguyen Thi Kim Ngan.
— BERNAMA