Hentikan pertelingkahan dalaman parti – Muhyiddin

Hentikan pertelingkahan dalaman parti – Muhyiddin

JAKARTA,. Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemimpin Pakatan Harapan perlu menghentikan sebarang pergolakan atau pertelingkahan tertentu yang boleh memberi kesan negatif kepada kerajaan dan menjejaskan keyakinan rakyat.

Tanpa menyentuh mana-mana pemimpin, Muhyiddin berkata semua pihak kini harus fokus kepada usaha meningkatkan ekonomi dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya berharap semua pihak yang terlibat (dalam pergolakan dan pertelingkahan) atau di peringkat mana sekali pun, perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah parti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhyiddin adalah dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Indonesia, bermula semalam.

Beliau menegaskan rakyat kini mengharapkan kerajaan fokus kepada usaha menambah baik taraf kehidupan, menangani isu kos sara hidup dan mewujudkan peluang ekonomi baharu kepada rakyat.

Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Kimanis yang bakal diadakan kelak, Muhyiddin berkata parti Bersatu akan terus mendokong kesefahaman dan kesepakatan bersama dalam parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan.

“Persefahaman (kesepakatan parti dalam gabungan Pakatan Harapan) masih kekal, pemimpin Bersatu akan keluar (berkempen) membantu sesiapa sahaja (calon) yang diletakkan Presiden Warisan (Datuk Seri Shafie Apdal),” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This