Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR,. Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM43.11 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.71 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan mengeluarkan dua tender pasaran wang konvensional RM3 bilion untuk tujuh hari dan RM2 bilion untuk 14 hari serta tiga tender Qard RM2.3 bilion untuk tujuh hari dan RM1 bilion untuk 14 hari dan RM600 juta untuk 21 hari.

Selain itu, ia akan mengeluarkan tender repo berbalik RM535 juta untuk 30 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM38.6 bilion dan tender semalaman Murabahah RM14.8 bilion.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )