Ketidaktentuan politik, Bursa Malaysia dibuka rendah

Ketidaktentuan politik, Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini, berikutan ketidaktentuan politik berhubung kerajaan Pakatan Harapan, sekali gus mengheret turun indeks.

Pada 9.47 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 21.70 mata kepada 1,509.50 berbanding penutup Jumaat 1,531.20, selepas dibuka 29.73 mata lebih rendah pada 1,501.47 pagi ini.

Kaunter rugi mengatasi untung 767 berbanding 64, dengan 155 kaunter tidak berubah, 1,013 tidak diniagakan dan 21 lagi digantung.

Sebanyak 962.20 juta saham bernilai RM734.64 juta diniagakan.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This