Konsert solo Awie tahun depan

Konsert solo Awie tahun depan

KUALA LUMPUR – Figura rock lagenda, Datuk Awie atau lebih dikenali sebagai Awie menjanjikan kelainan menerusi sebuah konsert solo yang dijadualkan pada Febuari tahun hadapan.

Persembahan sempena ulang tahun ke-25 perjalanan nyanyian solo vokalis Wings tersebut diberi judul Konsert Awie Romantika.

“Saya akan mempersembahkan seleksi lagu daripada katalog album solo dengan susunan muzik lebih segar.

“Konsert ini diadakan atas dasar meraikan ulang tahun jubli perak saya dalam dunia nyanyian solo,” katanya ketika sidang akhbar Konsert Awie Romantika di Flora Terrace, Hampshire Place di sini hari ini.

Konsert anjuran bersama Atirox Ltd dan IK Global Berhad tersebut akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 15 Febuari tahun depan.

Jikan sebelum ini, Awie lazimnya muncul bersama Wings, konsert yang berlangsung pada bulan cinta tersebut menyaksikan gandingan bersama Ratu Rock Ella.

Tiket konsert akan dijual dengan harga bermula RM88 hingga RM438. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.myticket.asia atau hubungi 03 86050195. – K! ONLINE

CATEGORIES
Share This