Larian Menara Sibu diteruskan pada 8 Mac

Larian Menara Sibu diteruskan pada 8 Mac

SIBU,. Larian Menara Sibu 2020 akan diteruskan pada 8 Mac ini dengan pelbagai langkah berjaga-jaga diambil berikutan jangkitan COVID-19.

Koordinator acara Mohamad Abdullah Izkandar Roseley berkata, pihak penganjur akan mengambil tindakan pencegahan bagi menjaga kesihatan peserta.

“Saringan kesihatan akan dilakukan terhadap peserta sebagai langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19 sebelum larian,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Kira-kira 300 pelari telahpun mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari Filipina, Singapura dan United Kingdom.

Acara itu akan berlangsung di Wisma Sanyan yang merupakan bangunan tertinggi di Sarawak dan pendaftaran untuk penyertaan masih di buka sehingga 5 Mac.

Peserta akan berlari menaiki 627 anak tangga pada bangunan 28 tingkat setinggi 126m.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This