Maloney senaraikan Annil ke Mongolia, tiada Arif Aiman dalam pasukan

Maloney senaraikan Annil ke Mongolia, tiada Arif Aiman dalam pasukan

KUALA LUMPUR,. Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan sah tidak diperkuatkan dengan kehadiran pemain muda meningkat naik Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi, pada pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022 hujung bulan ini.

Namun, skuad B-22 bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney bakal mendapat sentuhan pemain berpangkalan di Jerman bersama kelab SGV Freiberg Annil R Vigneswaran, berdasarkan senarai akhir 23 pemain dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Dalam senarai tersebut, Maloney turut mempertaruhkan empat pemain muda yang beraksi bersama skuad senior kebangsaan pada aksi persahabatan di Amman, Jordan baru-baru ini iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Quentin Cheng dan Mohamad Hakimi Abdullah.


Sementara itu, lima daripada sembilan pemain dari kem latihan pusat Fasa 2 skuad B-22 negara tidak berada dalam senarai akhir susulan kecederaan adalah Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri, Muhammad Firdaus Ramli, Muhamad Alif Abdul Mutalib, Chia Ruo Han dan K. Thivandaran.

Empat pemain lagi yang tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai akhir adalah Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil, Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri, Muhammad Aidil Azuan dan Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan.

Pada kempen kelayakan itu, Malaysia diundi bersama Laos, Mongolia selaku tuan rumah dan Thailand dalam Kumpulan J, dengan kesemua aksi akan berlangsung di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar dari 25 hingga 31 Okt ini.

Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Okt, Mongolia (28 Okt) dan Thailand (31 Okt) dalam usaha memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun.

Berikut senarai akhir 23 pemain skuad B-22 negara bagi menghadapi saingan Kumpulan J pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022:

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This