Mampukah Serena Williams julang Grand Slam ke-24?

Mampukah Serena Williams julang Grand Slam ke-24?

AMERIKA SYARIKAT ,. 20 tahun lalu, jaguh tenis Amerika Syarikat (AS), Serena Williams cipta sejarah apabila merangkul Grand Slam pertamanya di usia 17 tahun menerusi Terbuka Amerika Syarikat (US Open).

Saat itu nama Williams mula meniti di bibir pemerhati dan peminat sukan tenis kerana dia berjaya mengetepikan jaguh wanita nombor satu dunia ketika itu, Martin Hingis.

Malah laluannya untuk ke final ketika itu juga agak sukar apabila terpaksa berdepan bintang tenis wanita terkemuka dunia seperti Lindsay Davenport dan Monica Seles.

Itu sejarah yang membuka laluan kepada perjalanan karier yang terus utuh sehingga ke hari ini.

Terkini dengan 23 trofi Grand Slam dalam genggamannya, Williams, 37, akan beraksi semula di pentas akhir bertemu bintang muda berusia 19 tahun dari Kanada, Bianca Andresscu bagi memburu gelaran ke-24.

Ini merupakan kemaraannya yang kedua di pentas akhir Jelajah Grand Slam 2019 untuk merangkul trofi
ke-24.

Sekiranya tuah menyebelahi adik kepada Venus Williams ini, dia bakal cipta sejarah sebagai atlet tenis wanita dalam Era Terbuka dengan pencapaian tertinggi kategori tersebut menyamai rekod lagenda tenis wanita dunia, Margaret Smith Court dari Australia.

Julai lalu Williams yang kini merupakan pemain nombor 8 dunia tewas kepada bintang Romania, Simona Halep di pentas akhir Wimbledon.

Berikut merupakan fakta menarik mengenai Serena Williams menjelang saingan akhir Terbuka Amerika Syarikat 2019;

– Kali pertama merangkul kejuaraan Terbuka AS pada 1999 ketika berusia 17 tahun.

– Kali terakhir julang trofi sama pada 2014 mengetepikan bintang Denmark, Caroline Wozniacski dengan
6-3, 6-3.

CATEGORIES
TAGS
Share This