Mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat.

Mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat.

KUALA SELANGOR,. Jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat dengan seramai 661 mangsa daripada 185 keluarga kini ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) di sekitar daerah berkenaan.

“PPS terbaharu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok yang dibuka pada 4 petang semalam yang menempatkan seramai 32 orang daripada 10 keluarga.

“PPS di SK Parit Mahang terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir dimana sehingga pagi ini seramai 492 mangsa daripada 138 keluarga ditempatkan di sana, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor Desa Coalfields masih kekal 89 orang mangsa daripada 22 keluarga.


“Jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Jaya Setia turut meningkat dengan seramaI 48 orang daripada 15 keluarga berbanding 46 mangsa pada petang semalam,”.

saya hari ini bersama pemimpin-pemimpin tempatan dan dibantu oleh anak-anak muda turun menziarahi mangsa banjir di Pusat Permindahan Banjir & di rumah2 mangsa yg tidak berpindah. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan pada musim banjir ini.

dan kami semua mendapat lapuran dari JBPM sebagai langka terus bertidak supaya semua mangsa dapat perlindungan sewajarnya.

Memberi aedikit taklimat sebagai langkah berjaga – jaga pada sebarang kemungkinan di musim banjir ini..

Tambah jurucakap berkenaan pihaknya akan terus memantau dan membuat tindakan susulan dan akan menyampaikan maklumat terkini daripada semasa ke semasa.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata situasi air pasang besar yang dijadualkan berlaku di persisir pantai Selangor mulai awal pagi tadi adalah dalam keadaan terkawal.

“Sehingga kini keadaan dilaporkan terkawal, pihak kami juga tiada menerima sebarang laporan terdapat ban-ban telah pecah akibat air oasang besar pagi tadi,” katanya.

semua unit operasi gerak kerja dan NGO yang terlibat sama – sama memberikan bantuan pada mangsa pada kali ini kerana resiko yang dihadapi berkemungkinan juga dengan fenomena air pasang besar akan menyukarkan lagi keadaan mangsa.

kami akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.

CATEGORIES
Share This