Mangsa banjir di Sabah dibenarkan pulang

Mangsa banjir di Sabah dibenarkan pulang

KOTA KINABALU,. Lebih ramai mangsa banjir di Beaufort dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini dengan hanya 118 mangsa daripada 27 keluarga yang tinggal di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 602 orang daripada 155 keluarga, petang semalam.

Berikutan keadaan banjir di kawasan berkenaan beransur pulih, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan tiga PPS di daerah berkenaan ditutup pagi ini.

“Hanya PPS di Dewan DSP Mohd Dun Banir beroperasi pagi ini dan pihak kami kini sedang memantau situasi banjir di Beaufort bagi memastikan keadaan selamat sebelum membenarkan mangsa banjir pulang ke rumah,” menurut kenyataan itu.

Banjir bermula 20 Mei lepas akibat hujan lebat berterusan itu menjejaskan 47 kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )