Niaga hadapan KLCI dibuka bercampur-campur

Niaga hadapan KLCI dibuka bercampur-campur

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur hari ini, walaupun kadar asas pasaran tunai lebih baik.

Pada 9.25 pagi, Februari 2020 menambah 0.5 mata kepada 1,527.00, Mac 2020 susut 0.5 mata kepada 1,520.00, Jun 2020 naik 1.5 mata kepada 1,515.50 dan September 2020 merosot 1.5 mata kepada 1,515.00.

Jumlah dagangan sebanyak 1,445 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 32,382 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 6.87 mata kepada 1,528.82 selepas 25 minit dagangan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This