Niaga hadapan KLCI dibuka rendah

Niaga hadapan KLCI dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah berikutan prestasi indeks merosot susulan kebimbangan baharu mengenai perkembangan politik tempatan.

Pada 9.35 pagi, bulan semerta Februari 2020 merosot 1.0 mata kepada 1,499.50, Mac 2020 susut 3.5 mata kepada 1,491.00, Jun 2020 dan September 2020, masing-masing berkurangan 5.0 mata kepada 1,488.00 dan 1,484.00.

Jumlah dagangan sebanyak 7,155 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 62,472 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI susut 6.37 mata kepada 1,494.39 selepas 30 minit dagangan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This