Pejabat Bersatu bahagian Taiping akan beroperasi 3 Sept

Pejabat Bersatu bahagian Taiping akan beroperasi 3 Sept

TAIPING, 31 Ogos — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Taiping akan membuka pejabat parti itu di Jalan Taming Sari di sini pada 3 Sept ini.

Ketuanya, Kader Maideen Hussain berkata operasi pejabat di bangunan dua tingkat itu akan menempatkan pejabat pentadbiran dan operasi parti.

“Dua orang kakitangan sepenuh masa akan bertugas di sini,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian pejabat Bersatu Taiping di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Kader Maideen berkata ahli parti yang mempunyai sebarang urusan boleh berbuat demikian di pejabat ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This