Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

KUALA LUMPUR,. Pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey disahkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak, awal pagi ini.

Pemergian Allahyarham, 32, disedari oleh isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali semasa mahu mengejutkan suaminya itu bagi menunaikan solat Subuh.

“Allahyarham sebelum ini ada mengadu sakit kepala selain turut mengalami demam selama dua hari.

“Namun pagi tadi ketika mahu mengejutkannya solat Subuh, beliau tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi.

Allahyarham meninggalkan isteri dan seorang bayi lelaki berusia lima bulan iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Allahyarham akan dimandikan di rumahnya sebelum disolatkan selepas solat Asar di Masjid Gombak Utara, di sini.

Selain Syed Umar dua lagi ahli kumpulan Bocey ialah Muhammad Fadzlie Nizam (Fad Bocey) dan Mohd Nasir bin Hamzah (Achey Bocey).

Antara filem lakonan Syed Umar adalah ‘Isteri Untuk Dijual’ serta ‘Suatu Malam Kubur Berasap 2’, dan beliau juga pernah berlakon dalam drama serta telefilem tempatan sejak 2014.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This