Penduduk Keningau perlu jaga kebersihan, tarik lebih ramai pelancong

Penduduk Keningau perlu jaga kebersihan, tarik lebih ramai pelancong

KENINGAU,. Penduduk di Keningau terutama yang tinggal di kawasan bandar perlu mengutamakan kebersihan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke daerah itu.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Rasinin Koutis berkata menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama, bukannya tanggungjawab pihak berkuasa tempatan sahaja.


“Kita mahu lebih ramai pelancong melawat ke sini (Keningau) terutama ketika Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan,” katanya ketika merasmikan Karnival Riuh Keningau di sini, Isnin.

Rasinin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan berkata masyarakat memainkan peranan penting untuk memastikan aspek kebersihan terjaga bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk menarik kehadiran pelancong.

Justeru, beliau menyeru rakyat di daerah ini untuk bekerjasama mempromosi daerah Keningau sebagai destinasi pelancongan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This