Penduduk Pulau Gaya Dilarang Memasuki Tanah Besar

Penduduk Pulau Gaya Dilarang Memasuki Tanah Besar

KOTA KINABALU,. Sebarang pergerakan penduduk dari Pulau Gaya menuju ke kawasan tanah besar dan laluan sebaliknya adalah dilarang.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Safar Untong berkata, larangan berkenaan dikuatkuasakan serta-merta.

Katanya, pengeucalian hanya diberikan kepada pihak yang terlibat dengan perkhidmatan barangan dan perkhidmatan penting negara.

Selain itu jelasnya, sekatan jalan raya di setiap sempadan daerah di negeri ini mula dilaksanakan pihak berkuasa pada 25 hingga 31 Mac 2020.


Menurutnya, langkah berkenaan bagi mengelakkan pergerakan penduduk antara daerah.

“Bagaimanapun larangan ini dikecualikan kepada mereka yang terlibat dalam perkhidmatan barangan dan perkhidmatan penting negara,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Pusat Gerakan COVID-19 Sabah berkata, semua operasi perkhidmatan bot laju atau bot penambang bagi laluan Menumbok-Labuan turut dihentikan serta-merta.

Menurutnya, jadual operasi perkhidmatan feri penumpang (Ro-Ro) Menumbok-Labuan hanya melibatkan Feri Galaxy jam 6 pagi dan 4 petang pada Ahad sahaja, Feri Putrajaya 1 jam 9 pagi, Feri Kimanis jam 1 petang dan Feri Goodwill jam 8 malam.

Katanya, bagi feri laluan Labuan-Menumbok, operasi yang dibuka hanya melibatkan Feri Putrajaya 1 jam 6 pagi, Feri Kimanis jam 3.30 petang, Feri Goodwill jam 5.30 petang dan Feri Galaxy jam 6.30 petang.

“Operasi ladang sawit di tiga daerah iaitu Tawau, lahad Datu dan Kinabatangan turut dihentikan berkuatkuasa pada 25 hingga 31 Mac 2020.

“Bagi operasi kilang kelapa sawit di tiga daerah ini akan dihentikan bermula 27 hingga 31 Mac 2020.

“Penutupan ladang dan kilang kelapa sawit bertujuan menghalang pergerakan pekerja-pekerja ladang kerana ada pekerja ladang di daerah Tawau, Lahad Datu dan Kinabatangan yang didapati positif COVID-19,” jelasnya.

CATEGORIES
TAGS
Share This