PRK Kimanis bermula dengan penamaan calon

PRK Kimanis bermula dengan penamaan calon

BEAUFORT,. Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijadual berlangsung pada jam 9 pagi.

Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohamad Dun Banir, di sini, menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK ke-10 sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada PRK kali ini, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Ketua Warisan Bahagian Kimanis, Datuk Karim Bujang sebagai calonnya untuk merebut kerusi tersebut.

Sementara Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai ‘ayam tambatan’ mereka bagi mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Dijangka juga calon bebas kemungkinan akan menyerahkan borang pencalonan bagi memberi saingan pada PRK Kimanis.

Tempoh pencalonan berlangsung selama sejam, diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya, Jupry Etok.

Sehingga semalam, sebanyak 14 borang pencalonan sudah dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada wakil-wakil parti dan calon bebas.

CATEGORIES
TAGS
Share This