Ringgit dibuka lebih rendah

Ringgit dibuka lebih rendah

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka agak rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada urus niaga pagi Jumaat ini walaupun ditutup 200 mata asas lebih tinggi pada petang Khamis.

Prestasi ringgit dilihat memantau pergerakan mata wang pasaran sedang pesat membangun berikutan kehendak risiko yang kian meningkat untuk yuan China dan penurunan nilai dolar AS.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1070/1150 berbanding dolar AS daripada 4.1050/1100 ketika penutupan urus niaga Khamis.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata walaupun sentimen sepatutnya sudah semakin baik untuk ringgit, situasi nampaknya masih tidak menentu dengan pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) pada 16-17 Mac depan.

Beliau berkata, untuk hari ini, ringgit seharusnya bergerak tinggi seiring dengan pengukuhan harga minyak selain menjejaki pergerakan yuan China.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0647/0714 daripada 3.0637/0681 pada Khamis tetapi tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.7807/7891 daripada 3.7841/7894.

Ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7482/7598 daripada 5.7261/7339 dan lega berbanding euro kepada 4.9218/9318 daripada 4.9108/9176 semalam.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )