Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan aliran penurunannya berbanding dolar AS sejak minggu lepas berikutan kebimbangan mengenai prospek pasaran global susulan penularan COVID-19.

Pada 9.07 pagi ini, ringgit disebut harga pada 4.1460/1500 berbanding dolar AS daripada 4.1400/1450, semalam.

Seorang penganalisis berkata ringgit dijangka tidak banyak berubah dan menyamai prestasi mata wang lain di ASEAN berikutan kebimbangan membabitkan COVID-19.

Minyak mentah Brent yang juga penanda aras global turut susut kepada US$57.24 setong apabila ia dilihat kembali mencatat aliran penurunan.

“Harga minyak berperanan penting dalam menentukan aras untuk ringgit berikutan kedudukan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak,” katanya.

Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 2.9802/9841 daripada 2.986/9846 dan mengukuh sedikit berbanding euro kepada 4.4889/4936 daripada 4.4898/4957, semalam.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3873/3933 daripada 5.3977/4059 namun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7773/7817 daripada 3.7674/7730 sewaktu ditutup pada Isnin.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This