Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan penyusutan pada Selasa apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika lebih ramai pelabur beralih daripada mata wang negara sedang pesat membangun berikutan kebimbangan mengenai penularan COVID-19, kata peniaga.

Mata wang tempatan itu susut kepada 4.2420/2460 berbanding dolar AS daripada 4.2350/2400 sewaktu dagangan ditutup semalam.

Peniaga berkata, bahawa dolar AS pulih ketika pelabur berharap kalangan penggubal dasar monetari global memperkenalkan lebih banyak pakej rangsangan lanjut untuk mengehadkan impak ekonomi akibat COVID-19.

Selain itu, berbanding kelompok mata wang utama dunia, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ia tinggi berbanding yen kepada 4.0442/0492 daripada 4.0472/0531 namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0492/0531 daripada 3.0481/0526 sebelum ini.

Ringgit turut mengukuh berbanding pound kepada 5.4743/4816 daripada 5.5305/5374 dan naik berbanding euro kepada 4.8002/8065 daripada 4.8063/8137 semalam. — BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )