Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit terus dibuka rendah hari ini berikutan sentimen berhati-hati menjelang pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga negara esok.

Pada 9.25 pagi, ringgit berada pada 4.1550/1590 berbanding dolar US daripada 4.1520/1550 pada Rabu.

Peniaga berkata pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat berikutan berita KDNK suku ketiga dijangka sederhana dengan perangkaan menunjukkan permintaan dan penawaran dalam negeri rendah.

“Jangkaan itu susulan Indeks Harga Pengeluar (IHP) bagi September yang rendah mencetuskan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Unit tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0482/0523 daripada 3.0464/0498 semalam dan susut berbanding yen kepada 3.8179/8226 daripada 3.8123/815.

Ia turun berbanding pound British kepada 5.3379/3435 daripada 5.3357/3413 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.5726/5774 daripada 4.5726/5776.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This