Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan aliran peningkatannya apabila dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS yang lemah.

Pada 9.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.2880/2980 berbanding 4.3150/3250 sewaktu ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata Rizab Persekutuan AS telah menyokong bekalan dolar AS di seluruh dunia menerusi kemudahan FX Swap (tukaran asing) USD.

“Mereka kini meningkatkan lagi jumlah itu walaupun penjualan dolar AS yang lebih ketara semalaman menerusi tawaran kemudahan repo sementara dengan bank pusat asing yang akan bermula pada 6 April dan bertahan selama enam bulan,” katanya.

Malah, beliau berkata kemudahan repo itu memberi manfaat dan harus digunakan segera oleh negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0153/0234 daripada 3.0240/0325 sewaktu ditutup pada Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.7284/7411 berbanding 4.7353/7480.

Ringgit juga naik berbanding pound Britain kepada 5.3210/3364 daripada 5.3282/3427 namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.9877/9981 daripada 3.9773/9876.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )