Saya akan letak jawatan jika diberi pilihan – Carrie Lam

Saya akan letak jawatan jika diberi pilihan – Carrie Lam

HONG KONG,. Pemimpin Carrie Lam berkata beliau menjadi punca ‘pergolakan yang tidak dapat dimaafkan’ selepas mencetus krisis politik di kota kewangan itu dan akan meletak jawatan sekiranya diberi pilihan.

Dalam satu pertemuan tertutup bersama sekumpulan ahli perniagaan minggu lalu, Lam berkata beliau diberikan pilihan yang sangat terhad untuk menyelesaikan krisis itu.

Ini kerana ia semakin merebak menjadi isu keselamatan nasional dan kedaulatan bagi China yang sedang berdepan tekanan dengan Amerika Syarikat (AS).

“Jika saya diberi pilihan, perkara pertama yang akan saya lakukan ialah meletak jawatan,” kata Lam.

Kenyataan dramatik Lam itu secara tidak langsung memberikan gambaran jelas mengenai cara pemikiran pemimpin China dalam mengendalikan pergolakan di Hong Kong, krisis politik terbesar selepas protes di Medan Tiananmen pada 1989.

Akibat tunjuk perasaan yang menular, Lam menggantung pelaksanaan Rang Undang-Undang Ekstradisi yang cuba diperkenalkan pada 15 Jun lalu.

Pada 9 Julai, selepas rang itu dibatalkan, Lam masih gagal mententeramkan penunjuk perasaan yang menuntut siasatan dilakukan terhadap keganasan polis dan reformasi demokratik.

“Untuk seorang Ketua Eksekutif yang menyebabkan huru hara sebesar ini di Hong Kong, ia adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan,” katanya.

Lam berkata, pemimpin di Beijing sedar akan kesan buruk ke atas reputasi China sekiranya mereka menghantar angkatan tentera ke Hong Kong untuk mententeramkan keadaan.

Namun China sanggup untuk melakukan apa saja bagi menamatkan pergolakan, walau ia bermakna Hong Kong akan terjejas dari segi ekonomi, termasuk kejatuhan jumlah pelancong dan kehilangan pelabur berpotensi. – Reuters

CATEGORIES
TAGS
Share This