Serangan bom di Pakistan korbankan 6 nyawa termasuk 3 kanak-kanak

Serangan bom di Pakistan korbankan 6 nyawa termasuk 3 kanak-kanak

KARACHI: Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dalam serangan bom disyaki dilakukan pengebom bunuh diri yang menyasarkan konvoi tentera di barat laut Pakistan, dekat sempadan Afghanistan, lapor Agensi Anadolu pada Ahad.

Kejadian berlaku di Miranshah, daerah Waziristan Utara, markas Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), sebuah konsortium kumpulan militan di Pakistan, menurut kenyataan tentera. Akibatnya, tiga tentera dan ramai kanak-kanak terkorban..

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Bagaimanapun, agensi keselamatan menuduh TTP bertanggungjawab terhadap serangan. TTP telah berundur ke Afghanistan pada 2014 susulan serangan tentera berskala besar di kawasan barat laut, terutamanya di Waziristan Utara, bekas ibu pejabat kumpulan militan itu.

Sejak itu, kumpulan itu telah beroperasi dari sempadan Afghanistan, menurut tentera Pakistan.

Pakistan, dipercayai mempunyai pengaruh ke atas Taliban, telah menjangkakan serangan dari sempadan Afghanistan akan berakhir selepas Taliban memegang tampuk pemerintahan, tetapi negara itu masih berdepan beberapa siri serangan maut.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )