Serangan Islamofobia di Perancis meningkat pada 2019
PARIS,. Serangan Islamofobia di Perancis meningkat 54 peratus pada 2019, kata Presiden sebuah badan pemerhati Islamofobia pada Isnin.
Menurut agensi berita Anadolu, Abdallah Zekri dalam satu kenyataan berkata sebanyak 100 serangan terhadap umat Islam di Perancis pada 2018 dan jumlah itu meningkat kepada 154 pada 2019.
Serangan itu kebanyakannya berlaku di wilayah Ile-de-France, Rhodes-Alpes dan Paca, kata Zekri.
Beliau berkata umat Islam di Perancis seharusnya dapat mengamalkan agama mereka dengan bebas seperti penganut agama lain.
Perancis mempunyai penduduk Islam terbesar di Eropah kira-kira lima juta, kebanyakannya dari Afrika Utara.
— BERNAMA
CATEGORIES E - Dunia