Serangan militan di barat Afghanistan, empat terbunuh termasuk Ketua Polis Daerah

Serangan militan di barat Afghanistan, empat terbunuh termasuk Ketua Polis Daerah

HERAT (Afghanistan), 8 Jan — Serangan militan di daerah Ghorian di wilayah barat Herat Afghanistan meragut empat nyawa termasuk seorang ketua polis daerah pada Jumaat, kata seorang pegawai polis di wilayah itu, Atiqullah Wasiq, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pegawai itu berkata sekumpulan Taliban, menyerang pusat pemeriksaan keselamatan pada awal pagi Jumaat mencetuskan pertempuran dan mengakibatkan empat anggota polis termasuk ketua polis daerah Naqibullah Sultanzoi terbunuh.

Lima militan turut terbunuh dan tujuh yang lain cedera.

Menurut penduduk tempatan militan mahu menguasai sebuah bazar di wilayah itu menyebabkan pertempuran antara Taliban dan anggota keselamatan masih berlanjutan.

Taliban belum memberi kenyataan berhubung insiden itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This