SKMM gesa telco ubah minda terhadap 5G

SKMM gesa telco ubah minda terhadap 5G

KUALA LUMPUR,. Beberapa syarikat telekomunikasi (telco) masih bersikap berhati-hati dengan fenomena 5G dan pengawal selia industri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), menggesa mereka untuk mengubah minda mereka.

Pengerusi Al-Ishsal Ishak berkata mereka (telco) tidak boleh melihat masa depan dengan menggunakan peraturan lama dan mereka harus menerajui peralihan itu.

Dalam memberikan contohnya, beliau berkata apabila Internet muncul sekitar 1995 hingga 1996, perbincangan pada masa itu adalah serupa dengan apa yang berlaku sekarang.

“Penggiat industri ketika itu berkata ia terlalu awal dan kenapa kami perlu menjadi yang pertama. Sementara itu, Microsoft, pada 1996, mengumumkan bahawa ia akan mengguna pakai Internet.

“Maksud saya adalah kita mempunyai potensi besar, tetapi perubahan dalam pemikiran perlu bermula sekarang. Pengendali mesti menerajui perubahan ini kerana dasar boleh disesuaikan kemudian,” katanya pada panel perbincangan bertajuk, ‘Perkara Yang Betul: Infrastruktur Untuk Masa Depan Digital’, di sini hari ini..

Seorang lagi panelis, Ketua Pegawai Eksekutif Time (CEO) Time Dotcom, Afzal Abdul Rahim berkata SKMM dan pengawal selia tempatan telah sangat bermurah hati dalam membenarkan pemain industri mempunyai medan ujian untuk menerokai apabila melibatkan 5G dan bagaimana ia boleh digunakan.

Bagaimanapun, beliau percaya fenomena 5G itu hanya persaingan untuk spektrum.

“Saya fikir kita terperangkap dalam isu ini. Daripada standard teknikal, 5G cuba menyampaikan apa yang seharusnya 4G lakukan dan 3G tidak pernah dilakukan.

“Dari sudut Spektrum, saya fikir semua orang harus menerimanya pada ketika ini,” kata Afzal.

Sesi panel itu, turut disertai CEO Robi Axiata Ltd, Mahtab Uddin Ahmed dan Ketua Teknologi, Media dan Telekomunikasi Boston Consulting Group, Vaishali Rastogi dan CEO Kumpulan edotco, Suresh Sidhu selaku moderator panel tersebut.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This