Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini berikutan aliran masuk tunai yang lebih baik.

Pada pembukaan, bulan semerta September 2019 meningkat 5.0 mata kepada 1,588.0, Oktober 2019 naik 5.0 mata kepada 1,587.5, Disember 2019 menokok 4.5 mata kepada 1,591.5 manakala Mac 2020 menambah 5.0 mata kepada 1,590.5.

Jumlah dagangan sebanyak 3,955 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,892 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 0.97 mata kepada 1,590.55 selepas 30 minit dagangan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This