Turki sahkan isteri, anak al-Baghdadi telah ditahan

Turki sahkan isteri, anak al-Baghdadi telah ditahan

TURKI,. mengesahkan telah menangkap salah seorang isteri kepada pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi, yang didakwa terbunuh ketika serbuan pasukan Amerika Syarikat, minggu lalu.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Turki, Tayyip Erdogan pada Rabu, namun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai tangkapan tersebut.

Kata Erdogan, penahanan tersebut dibuat di Syria, dan tidak pernah dihebohkan sebelum ini.

“Kami juga menangkap saudara perempuan dan ipar lelakinya di Syria,” kata Presiden Tayyip Erdogan dalam ucapan di Universiti Ankara.

Sementara, AFP melaporkan wanita itu ditahan pada 2 Jun 2018 di wilayah Hatay berdekatan sempadan Syria bersama 10 yang lain termasuk anak perempuan Baghdadi yang dikenali sebagai Leila Jabeer.

Pihak berkuasa mendakwa wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Rania Mahmoud, bagaimanapun identiti sebenarnya adalah Asma Fawzi Muhammad Al-Qubaysi.

Keluarga berkenaan disahkan mempunyai hubungan dengan Baghdadi berdasarkan ujian sampel Asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperolehi daripada pihak berkuasa Iraq.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )