4 anggota polis maut ditikam lelaki bersenjatakan pisau di Paris

4 anggota polis maut ditikam lelaki bersenjatakan pisau di Paris

PARIS,. Empat anggota polis terbunuh selepas ditikam seorang lelaki di Notre Dame Cathedral berhampiran Ibu Pejabat Polis di Paris pada Khamis.

Menurut jurucakap Polis Perancis, suspek yang bertindak menikam mangsa menggunakan pisau itu bagaimanapun ditembak mati di lokasi kejadian.

Susulan itu, beberapa kawasan di sekitar lokasi kejadian turut ditutup oleh pihak polis.

Siasatan awal mendapati suspek merupakan pekerja bahagian pentadbiran di Ibu Pejabat Polis tersebut.

Sementara itu, seorang saksi kejadian Emery Siamandi memaklumkan, suasana panik tercetus apabila terdengar teriakan dan tangisan oleh beberapa anggota polis ketika insiden berlaku.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.

Paris sebelum ini dikejutkan dengan beberapa siri serangan pengganas sejak 2015 yang mengakibatkan lebih 250 nyawa terkorban.

CATEGORIES
TAGS
Share This