RWC 2019: Fiji benamkan Georgia 45-10

RWC 2019: Fiji benamkan Georgia 45-10

HIGASHIOSAKA,. Pasukan ranking ke-11 Fiji dengan mudah menundukkan Georgia 45 – 10 dalam perlawanan Piala Dunia Ragbi di Stadium Ragbi Hanazono, Higashiosaka pada Khamis.

Separuh masa pertama menyaksikan Fiji berjaya mendapatkan tujuh mata menerusi try dari Waisea Nayacalevu pada minit ke-19 diikuti conversion oleh Ben Volavola seminit kemudian.

Geogia hanya mampu mendapatkan tiga mata selepas Soso Matiashvili menyempurnakan sepakan.

Di babak separuh masa kedua, Fiji terus menjarakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi try dari Frank Lomani.

Berselang tiga minit, mata demi mata terus diraih pasukan Fiji menerusi try dari Josua Tuisova.

Georgia tidak mudah menyerah kalah apabila Marmuka Gorgodze dan Soso Matiashvili masing masing menyempurnakan satu try dan conversion.

Ia sama sekali tidak melemahkan lawan, apabila Fiji berjaya mendapatkan empat try dan conversion sehingga tamat wisel perlawanan.

Fiji kini menduduki tangga keempat dalam Pool D di bawah Australia dengan lima mata.

CATEGORIES
TAGS
Share This