Ashraf Sinclair meninggal dunia

Ashraf Sinclair meninggal dunia

JAKARTA,. Pelakon terkenal, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menurut laporan KompasTV, kematian Ashraf, 40, disahkan pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

“Iya (benar meninggal). Serangan jantung,” katanya.

Jenazah suami kepada Bunga Citra Lestari itu masih berada di Rumah Sakit MMC Kuningan.

Susulan berita menyayat hati itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya, Bunga Citra Lestari dibanjiri oleh komen-komen ucapan takziah.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008. Dari pernikahan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Noah Sinclair.

CATEGORIES
TAGS
Share This