Bintang Chelsea setuju gaji dipotong

Bintang Chelsea setuju gaji dipotong

LONDON,. Bintang Chelsea sebulat suara bersetuju memotong gaji sebanyak £10 juta pound (RM54.67 juta) untuk tempoh empat bulan akan datang bagi meringankan beban kelab.

Potongan 10 peratus itu akan bermula bulan depan dan akan berlanjutan hingga permulaan musim baharu yang dijadualkan pada September.

Pasukan utama Blues menerima langkah berkenaan selepas menerima mesej dihantar kapten kelab, Cesar Azpilicueta.

Azpilicueta, 30, bertanya kepada pemain jika mereka boleh menerima potongan gaji secara terus sepanjang musim panas — dan pertanyaan itu dijawab dengan ‘setuju’ daripada kumpulan pemain itu.

Bos Stamford Bridge, Frank Lampard secara sukarela bersetuju gajinya dipotong yang difahamkan sebanyak 25 peratus daripada £5 juta pound (RM27.33 juta) diterimanyan setahun.

Akaun menunjukkan Chelsea masih membayar bil berjumlah £285 juta pound (RM1.558 bilion) dengan sebahagian besar untuk membayar pemain.

Pemain juga dikatakan bersedia menerima keadaan itu.

Tiada klausa pembayaran semula berkaitan kelayakan ke Liga Juara-Juara atau Liga Europa seperti ditawarkan kepada pencabar dari bandar yang sama, Arsenal.

Chelsea kini berkedudukan keempat Liga Perdana berbaki sembilan perlawanan tetapi skuad berkenaan tidak akan dibayar walaupun mereka terus bertahan di kedudukan berkenaan. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This