Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh

Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dan pasaran Asia diniagakan lebih kukuh hari ini menyaksikan sentimen pelabur yang meningkat menjejaki kenaikan semalaman semalaman di Wall Street.

Pada 9.08 pagi, FBM KLCI naik 6.29 mata atau 0.39 peratus kepada 1,606.04, dengan sejumlah 108.43 juta saham bertukar tangan bernilai RM40.55 juta.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 175 berbanding 54 dengan 163 kaunter tidak berubah.

Penganalisis berkata, kebimbangan berhubung Brexit dan Hong Kong yang semakin reda juga dijangka menyokong saham tempatan.

Bursa Malaysia akan ditutup pada Isnin, 9 September sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

CATEGORIES
TAGS
Share This